-->
Be a Hacker

Thursday, January 10, 2013

Mari Mengenal Window 8


            Mari Mengenal Window 8

Assalamualaikum kepada semua Blogger,

Insya Allah, di hari yang mulia ini akan saya perkenalkan WINDOW 8 kepada peminat window. Sebelum saya memberitahu tentang window 8, alangkah lebih baik saya menceritakan perkara asas dahulu sebelum terjah perkara yang lebih mendalam. Semua ini adalah harapan saya untuk memberikan rakyat Malaysia celik IT dan dapat menambahkan ilmu sampingan.

Sebenarnya, microsoft window adalah Operating System ataupun istilah lainnya "OS". Apa sebenarnya Operating System tu ? Operating System adalah pusat untuk menjalankan sistem komputer. Penyimpanan gambar, video, lagu dan fail memerlukan penggunaan Operating System. Zaman makin berkembang maju ini telah mencipta pelbagai jenis Operating Sytem.

Contohnnya: Android, BSD, iOS, Linux, Mac OS X, Microsoft Windows, Windows Phone, dan IBM z/OS.

Microsoft Window juga termasuk di antara salah satu Operating System. Sejak sekian lama, syarikat Microsoft sudah mencipta pelbagai window termasuklah window 95, window 98, window 2000, window Millenium, window XP, window Vista, window 7 dan yang terbaru window 8.

Window 8 terbahagi kepada 4:


  • Windows 8: For consumers
  • Windows 8 Pro: For business and technical professionals
  • Windows 8 Enterprise: For enterprise customers with software assurance
  • Windows 8 RT: For supporting ARM devices

Sistem minima yang diperlukan untuk Window 8 adalah

1) 1 gigahertz (GHz) ataupun processor yang lebih laju
2) 1 gigabyte (GB) RAM untuk laptop/komputer 32 bit
3) 2 gigabyte (GB) RAM untuk laptop/komputer 64but
4) Mempunyai 20 GB kapasiti untuk menyokong window 8
5) Resolusi Skrin 1366 x  768
6) Grafik mestilah Microsoft DirectX 9 bersama driver WDDM


                                Selamat Mencuba Window 8



Posted by Ammar Bin Rothman at 5:18 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, January 8, 2013

Update Window 7 Tanpa Dikesan "Window is Not Genuine"



Update Window 7 Tanpa Dikesan "Window is Not Genuine"

Saya sudah menceritakan bagaimana boleh terjadinya window is not genuine pada post yang lepas (http://hack-your-laptop.blogspot.com/2013/01/window-is-not-genuine.html). Kali ini saya hendak menceritakan bagaimana kaedah untuk mengemaskini(UPDATE) window tanpa dikesan sebagai window tidak original. Pembaca Blog saya hanya perlu mengikut turutan ini sahaja.

1) Klik di Control Panel



2) Klik System Security




3) Klik Check For Update


4) Klik Important Update Are Available



5) Lihat di tulisan "update for window 7". PERINGATAN: sebenarnya update for window 7 sahaja yang memberi kesan semasa mengemaskini(UPDATE)



6) UNTICK ataupun buang tanda di dalam kotak update window 7 sahaja



7) Klik kanan setiap update window 7 dan klik " Hide Update "



8) Jikalau sudah Hide Update, tulisan itu akan menjadi blur seperti gambar yang tertera di bawah



9) Klik " OK " penjuru kanan di bawah


10) Klik Install Update





11) Ok selesai, window akan mengemaskini(UPDATE) tanpa menjadi window is not genuine



Selamat Mencuba
Posted by Ammar Bin Rothman at 5:11 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

" Window is Not Genuine "



" Window is Not Genuine "

Assalamualaikum kepada semua pembaca Blogger, di hari yang indah ini akan saya ceritakan bagaimana keadaan Window is not genuine. window is not genuine bermaksud window yang tidak original.

Bagaimana boleh terjadinya tidak original ?

JAWAPAN: Apabila kita mengemaskini(UPDATE) window pirate, syarikat window dapat mengesan bahawa ada seseorang telah menggunakan window cetak rompak(PIRATE). Dengan serta merta syarikat window akan menyekat pengguna komputer dari menggunakan window. Contoh window is not genuine adalah seperti gambar yang tertera di bawah :



Bagaimana hendak mengetahui window pengguna tidak original ?

JAWAPAN: Sebenarnya ada 2 kaedah hendak mengetahui window pengguna tidak original. 

                      PERTAMA - Laptop kita tidak mempunyai sticker window


                      KEDUA - Melihat di Properties Computer. window tidak original akan tertera " OEM " dan tertera activate window now.

Sekian daripada saya :D
Posted by Ammar Bin Rothman at 4:28 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, March 12, 2012

Tutup Notifcation Update Window 7



Tutup Notifcation Update Window 7 =D

Ini adalah salah satu kaedah untuk laptop anda tidak update secara automatik tanpa pengetahuan anda. Ini juga adalah satu cara untuk mengelakkan terjadi window is not genuine (desktop menjadi warna hitam). Anda hanya perlu tutup update sahaja. Baik, anda hanya perlu ikut step by step …. :

1) klik start dan klik control panel




2) klik system and security



3) klik Turn automatic updating on or off

4) klik Never check for updates (not recommended)


5) finally, klik ok di bawah tu

6) siap, mudah kan….selamat mencuba
Posted by Ammar Bin Rothman at 9:50 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, March 4, 2012

Jom Belajar Buat Duit Dengan Blog


Jom Belajar Buat Duit Dengan Blog

Ramai blogger sudah lama berkecimpung di dalam blog tapi masih tak tahu bagaimana hendak mencari wang sampingan dari blog. Betul tak ? ala … betul la tu, tak payah la malu-malu nak ngaku..huhu. okey, sekarang nie amar nak ajar 1 cara untuk mencari pendapatan sampingan di blog.

Anda pernah dengar tak nuffnang ? tak pernah ek, nuffnang merupakan suatu iklansecara online melalui blog . kita akan memperolehi RM 0.20 – RM 0.40 setiap kali orang klik iklan kita. Mudah kan nak dapatkan wang sampingan … income akan masuk walaupun kita hanya tinggal dalam rumah saja ! kira rugi la bagi orang yang ada blog tapi masih tak buat iklan nuffnang nie.

Nak daftar tak nuffnang ? tapi tak tahu caranya ? amar akan tunjukkan di bawah nanti . selepas itu anda akan dapat RM 0.20 – RM 0.40 per click ! mesti dalam hati anda cakap “ eleh, ckit je pun, tu pun nak kecoh .” huhu . memang la sikit untuk permulaan ..

Tapppppiiiiiikaaaannn , kalau dah 300 orang klik dah berapa banyak dah income, kan dah RM 120 dah, huhu, bnyak kan. So, anda bodek la kawan-kawan supaya klik iklan nuffnang anda. Huhu..


Cara nak daftar nuffnang seperti di bawah, anda ikut ja di bawah nie :



1) anda daftar nuffnang dengan KLIK SINI


2) klik sign up ( sign up as blogger ) :





3) isi semua maklumat dalam Blogger Registration tuh .



4) tanda semua kotak di bahagian bawah sekali .


5) bila dah selesai isi semua registration, ia akan tulis account activation. Anda cek email anda, dan sahkan


6) selesai daftar ! account successful dan anda boleh tekan click here …


7) anda boleh login seperti biasa

Posted by Ammar Bin Rothman at 4:30 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, March 2, 2012

Notepad Jadi Diary



Notepad Jadi Diary


Kali nie saya akan ajarkan cara untuk membuat diary menggunakan Notepad. It’s so simple, tapi sebelum tu anda tahu tak apa yang dimaksudkan dengan notepad tu. Saya beri contoh kepada anda, di bawah ini adalah gambar notepad. Anda cuma cari simbol gambar ini saja.


1) Buka notepad kosong

2) Taip .LOG pada baris pertama, selepas itu tekan enter

3) save dan close ( letak ja nama pa pun )

4) Cuba buka balik notepad yang anda save tadi

Do you see for that miracle !!

Notepad pun boleh jadi diari

Selamat Mencuba Wahai Perempuan Di Luar Sana^___^

Posted by Ammar Bin Rothman at 10:43 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, January 14, 2012

Cantikkan Lappy Dengan Cursor




Cantikkan Lappy Dengan Cursor =D


Anda boleh menggunakan pelbagai cursor ataupun istilah lain adalah arrow, untuk bahasa melayu anak panah la..huhu… first, anda perlu install Cursor FX untuk menggunakan cursor nie. Selepas selesai install anda boleh memilih pelbagai jenis dan bentuk cursor, anda minat berlumba, anda boleh pilih tayar, anda minat ninja, anda boleh pilih ninjadagger. Semua yang anda mahu ada di situ.  mudah kan..huhu



          ATTENTION !!! selepas anda install cursor FX, anda hanya boleh melihat cursor yang basic sahaja. Untuk cursor yang lebih advance, anda boleh klik more cursor, di situ ada beribu cursor untuk diinstall. Anda pilih sahaja di situ. Anda juga boleh taip untuk mencari cursor yang sama dengan citarasa anda sendiri.
Selamat Mencuba =D
Anda boleh install di bawah, hanya klik sahaja nama CursorFX di bawah ini. Selamat belajar :D


CursorFX
Posted by Ammar Bin Rothman at 9:44 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

background

About Me

My photo
Ammar Bin Rothman
2011 -2014 Menuntut Di Universiti Sains Islam Malaysia(Fiqh & Fatwa) 2010-2011 Menuntut Di Kolej Universiti Insaniah (Usuluddin & Syariah)
View my complete profile

Harga Blog Aku:D

My site is worthRM 1,248.89

Laman Berkenalan


Shoutbox

Followers

Blog Archive

  • ▼  2013 (3)
    • ▼  January (3)
      • Mari Mengenal Window 8
      • Update Window 7 Tanpa Dikesan "Window is Not Genuine"
      • " Window is Not Genuine "
  • ►  2012 (7)
    • ►  March (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (13)
    • ►  December (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (8)

Counter Hit

Ads Nuffnang

Picture Window theme. Powered by Blogger.