Assalamualaikum kepada semua Blogger,
Insya Allah, di hari yang mulia ini akan
saya perkenalkan WINDOW 8 kepada peminat window. Sebelum saya memberitahu
tentang window 8, alangkah lebih baik saya menceritakan perkara asas dahulu
sebelum terjah perkara yang lebih mendalam. Semua ini adalah harapan saya untuk
memberikan rakyat Malaysia celik IT dan dapat menambahkan ilmu sampingan.
Sebenarnya, microsoft window adalah
Operating System ataupun istilah lainnya "OS". Apa sebenarnya
Operating System tu ? Operating System adalah pusat untuk menjalankan sistem
komputer. Penyimpanan gambar, video, lagu dan fail memerlukan penggunaan
Operating System. Zaman makin berkembang maju ini telah mencipta pelbagai jenis
Operating Sytem.
Contohnnya: Android, BSD, iOS, Linux, Mac OS X, Microsoft Windows, Windows Phone, dan IBM z/OS.
Microsoft Window juga termasuk di antara salah satu
Operating System. Sejak sekian lama, syarikat Microsoft sudah mencipta pelbagai
window termasuklah window 95, window 98, window 2000, window Millenium, window
XP, window Vista, window 7 dan yang terbaru window 8.
Window 8 terbahagi kepada 4:
- Windows
8: For consumers
- Windows
8 Pro: For business and technical professionals
- Windows
8 Enterprise:
For enterprise customers with software assurance
- Windows
8 RT: For supporting ARM devices
Sistem minima yang diperlukan untuk
Window 8 adalah
1) 1 gigahertz (GHz) ataupun processor
yang lebih laju
2) 1 gigabyte (GB) RAM untuk
laptop/komputer 32 bit
3) 2 gigabyte (GB) RAM untuk
laptop/komputer 64but
4) Mempunyai 20 GB kapasiti untuk
menyokong window 8
5) Resolusi Skrin 1366 x 768
6) Grafik mestilah Microsoft DirectX 9
bersama driver WDDM
Selamat Mencuba Window 8